Rabu, 18 Agustus 2010

Dabatul Ard


Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka ,kami akan mengeluarkan seekor binatang melata dari bumi yg akan mengatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia sudah tidak yakin kepada ayat-ayat kami “( An Naml : 82)

Maksud hadis rasulallah s.a.w

” Sesungguhnya tanda -tanda kiamat pertama yg akan terjadi adalah terbitnya matahari dari tempat terbenamnya dan keluarnya seekor binatang kepada manusia pada waktu dhuha ,yg mana-mana diantara hal ini akan terjadi lebih dahulu ,maka keduanya akan berlaku pada jangka waktu yg dekat “

Marilah kita kenali serba sedikit binatang Allah s.w.t ini berdasarkan maksud hadis rasulallah s.a.w .

” Rasulallah s.a.w telah bersabda “binatang bumi itu akan keluar dengan membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman ,maka ia akan membuat kekang di hidung orang kafir dengan tongkat dan akan membuat wajah orang mu’min terang dengan cincin itu , sehingga dengan demikian apabila telah berkumpul beberapa orang yg makan di suatu meja hidangan ,maka salah seorang dari mereka akan berkata “makanlah wahai orang mu’min dan makanlah wahai orang kafir”

Ciri-ciri DABATUL ARD

1. Seekor haiwan yg mempunyai bulu yg panjang dan juga bulu yg pendek ( roma )

2. Seekor binatang yg sangat besar dikatakan semasa ia keluar drp sarangnya dengan kelajuan sepantas kuda yg berlari . setelah 3 hari Dabatul Ard baru dapat mengeluarkan 1/3 drp badannya .

3. Mampu berkata-kata dengan manusia dengan pelbagai bahasa manusia di dlm dunia ini

4. Sebelah tangan kiri nya memegang tongkat Nabi Musa dan disebelah tangan kanannya pula memakai cincin Nabi Sulaiman.

5.Keluar dari kawasan di antara bukit Sofa dan Marwa

Misi dan tujuan.

- Berbicara kepada manusia bahawa ” sesungguhnya manusia sudah tidak yakin dengan ayat-ayat Allah” .

- Membuat tanda di wajah orang Mu’min menjadi cerah dan wajah orang kafir menjadi gelap.

- Tidak menakutkan manusia tetapi ia akan menjerit /memekik di kawasan Makam Ibrahim dan Hajaratul Aswad sambil menebar-nebarkan tanah di atas kepalanya kemudian ia menghadap timur dan memekik kemudian menghadap ke barat dan memekik .Suaranya itu melampaui segala penjuru yg -menyebabkan manusia bertempiaran lari . Dalam keadaan yg sama orang mu’min sudah mengetahui bahawa yg bersuara keras itu adalah Dabatul Ard bintang Allah dan mereka tetap di tempat mereka dan tidak mengalami sebarang ketakutan.

- Dabatul Ard akan keluar selepas Ya’juj dan Ma’juj mati akibat virus yg di utuskan oleh Allah kepada mereka .Dabatul Ard akan keluar selepas sahaja terbitnya matahari seperti biasa iaitu pada waktu dhuha setelah matahari itu terbit sebelah barat . Dabatul Ard akan keluar semasa bumi pulih daripada bencana Ya’juj dan Ma’juj .

Tidak ada komentar: